Kehidupan Awal & Kerjaya Muay Thai Thitisan Panmod

Panmod (Lerm; เหลิม) dilahirkan dalam keluarga peninju di Phichit, Thailand. Ayahnya pemilik gim latihan Muay Thai kecil bernama "Sor. Sayan". Dia memulakan latihan Muay Thai bagi yang pertama kali semasa pelajar kerana amarahnya yang memuncak, akibat pembulian dari rakan-rakan darjahnya. Panmod membesar dengan pengajaran keras dari Ayahnya sebagai jurulatih tinju. Ia mula dihantarkan ke kejohanan tempatan selepas bulian dari rakan satu darjahnya tidak pernah tampak lagi. Firasat Ayah Panmod mengenai bakat rahasia anaknya benar, beberapa bulan selepas memenangi kejohanan itu Panmod berjaya sebagai Juara Tinju Serantau Utara Thailand.

Dua tahun kemudian, Panmod mula bersekolah di Sekolah Sukan Phitsanulok dan rasmi sebagai peninju amatur kebangsaan Thailand sejak itu.